Membuka Minda. Menganjak Paradigm
Sebagai platform bagi memartabatkan dan berkongsi maklumat mengenai perjalanan program pendidikan khas di Kolej Komuniti Selayang khasnya dan Kolej Komuniti Malaysia amnya
Tuesday, 18 November 2014
OBJEKTIF / MATLAMAT PROGRAM PENDIDIKAN KHAS DI KOLEJ KOMUNITI SELAYANG
- Memberi peluang pendidikan kemahiran sama rata agar para pelajar ini mampu berdikari di kemudian hari tanpa mengharapkan bantuan orang lain
- Meningkatkan tahap keyakinan pelajar melalui pendedahan komunikasi dan pergaulan dengan tenaga pengajar, para pelajar dan masyarakat luar menerusi program pembelajaran yang kondusif
- Mencungkil potensi diri, mengembangkan minat, membina tahap kendiri dan semangat berdikari yang kukuh agar para pelajar mampu membuat penilaian dan keputusan yang bijak dalam pergaulan seharian dan lapangan kerja
Mereka Unik dan Istimewa
Friday, 14 November 2014
PENDIDIKAN KHAS DI KOLEJ KOMUNITI SELAYANG
- Akta OKU yang dilancarkan pada 2008 menyatakan bahawa OKU tidak boleh dikecualikan dari sistem pendidikan umum atas asas ketidakupayaan mereka.
- Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, akses kepada pendidikan adalah salah satu dari empat teras utama pelan ini, di mana pendekatan pertama dalam mencapai matlamat pelan ini adalah mencapai kesamarataan peluang pendidikan bagi pelajar-pelajar yang terpinggir termasuklah pelajar-pelajar OKU.
Subscribe to:
Posts (Atom)