Punca Biologi
Punca biologi
merangkumi faktor faktor baka dan penyakit -penyakit yang menjejaskan fungsi
otak dan urat saraf. Kekurangan oksigen sewaktu kelahiran (asphyxia), lembam
lapisan otak (meningitis) dan sawan yang berpanjangan boleh menyebabkan
disfungsi urat saraf (neurologi dysfunction).
Pakar
kanak-kanak juga telah lama menyedari bahawa kandungan plumbum yang tinggi
dalam darah (lead poisoning ) seseorang kanak -kanak boleh menyebabkan wujudnya
masalah pembelajaran. Selain itu, banyak lagi bahan yang telah dikenal pasti
sebagai punca masalah pembelajaran. Doktor dan ibu bapa perlulah peka terhadap
hal ini supaya dapat mengurangkan risiko anak -anak terdedah kepada penggunaan
bahan-bahan tersebut.
Punca Psikososial
Punca psikologi
sering mewujudkan masalah pembelajaran. Pengaruh sekitaran yang tidak sihat ,
kurang rangsangan , kurang perhatian ibu bapa dan kemiskinan hidup akan
menyebabkan kanak-kanak berkenaan mengalami masalah pembelajaran. Umumnya,
unsur biologi berinteraksi dengan unsur psikososial. Oleh itu, setiap
kanak-kanak yang menghadapi masalah ini perlu dirawat secara teliti dengan
menggunakan pendekatan yang berasingan.
Satu kajian untuk
mengenal pasti dengan lebih terperinci punca -punca kegagalan dalam
pelajaran telah dijalankan ke atas kanak-kanak dalam kelas pemulihan di tiga
buah sekolah di selangor dan kuala Lumpur oleh LPPKN dengan kerjasama
Kementerian Pendidikan pada tahun 1986. Antara punca-punca yang dikenal pasti
ialah kurang perhatian oleh ibu bapa dalam soal pelajaran anak-anak, kurang
motivasi di kalangan kanak-kanak itu sendiri serta lambat memperoleh
kemahiran membaca, menulis dan mengira.
Ada juga
kanak-kanak yang menghadapi masalah lambat menguasai bahasa yang
seterusnya menjejaskan proses menguasai kemahiran membaca. Sesetengah
kanak-kank pula menghadapi masalah lemah pengamatan (perceptual weakness) dan
lemah daya ingatan. Kurang keyakinan terhadap diri sendiri juga turut
menimbulkan masalah pembelajaran. Kanak-kanak tersebut akan berasa takut untuk
bercakap dan tidak gemar bergaul dengan rakan-rakan sebayanya.
Ada satu kes yang
melibatkan seorang kanak-kanak yang kurang baik daya penglihatannya. Akibatnya,
dia kurang nampak papan hitam didalam kelas. Setelah dibawa kepada perhatian
ibu bapanya, barulah cermin mata ditempah untuknya. Pretasinya disekolah juga
meningkat. Ada juga kanak-kanak yang kurang daya pendengaran akibat cecair
dalam telinga (serous otitis media) dan ini sudah tentu boleh menjejaskan
pelajarannya. Dia perlukan rawatan untuk memperbaiki pendengarannya.
Ada pula
kanak-kanak yang kelihatan pucat dan sering mengantuk didalm kelas. Akibatnya,
prestasi akademiknya merosot. Kanak-kanak yang terencat akal mundur dalam
pelajarannya kerana kebolehan berfikir, tumpuan perhatian,
perkembangan bahasa, pengamatan dan keupayaannya memproses maklumat adalah
lambat dibandingkan dengan kanak-kanak biasa yang sebaya
dengannya. Kanak-kanak berusia lapan tahun yang mempunyai tahap
intelek (IQ) setaraf dengan kanak-kanak lima tahun lazimnya masih sukar
mengenal huruf. Kebolehannya sama ada dari segi penguasan bahasa, keupayaan
menjalani aktiviti-aktiviti harian atau pun kemahiran sosial akan hanya setaraf
dengan kanak-kanak yang berusia lima tahun. Oleh itu, dia akan mendapati sukar
untuk mengikut kurikulum didalam darjah satu.
Kita perlu
mengasingkan kanak-kanak normal yang mengalami masalah pembelajaran dengan
kanak-kanak terencat akal yang mengalami masalah yang sama. Ini
boleh ditentukan melalui ujian IQ. Kanak-kanak mengalami masalah pembelajaran
berbeza diantara satu dengan lain dari segi kekuatan dan kelemahan yan
dimilikinya. Oleh itu, pendidikan khas yang diberikan pada seseorang
kanak-kanak itu perlulah diindividukan berasaskan pada kekuatan dan kelemahan
tersebut.
Pelbagai corak
difungsi perkembangan ditemui dikalangan kanak-kanak yang mengalami masalah
pembelajaran. Umpamanya, seorang kanak-kank yang berusia enam tahun yang
sungguh cerdik sehingga boleh bermain dengan komputernya, melukis
gambar roket dengan kemas dan membaca dengan baik mungkin mempunyai tumpuan
perhatian yang singkat. Oleh itu,dia mungkin tidak membuat kerjanya dikelas
kerana tidak menumpukan perhatian kepada arahan yang diberikan oleh gurunya.
Sebaliknya, perhatiannya lebih tertumpu kepada perkara-perkara yang sangat
diminatinya seperti permainan komputer dan lukisan.
Kanak-kanak yang
lemah ingatannya akan mengalami masalah pembelajaran. Dia mungkin
menunjukkan kecekapan membuat bentuk rumah menggunakan alat permainan lego dan
melukis gambar kereta atau binatang tetapi menghadapi kesulitan membaca dan
menulis. Mengajarnya membaca dan menulis memerlukan kesabaran kerana perlu
memberi penerangan berulang-ulang kali.