Masalah
pembelajaran berkaitan dengan cara otak menerima, memproses, menganalisis dan
menyimpan maklumat. Ia merupakan kecelaruan dalam satu atau lebih daripada satu
proses psikologi yang melibatkan kefahaman atau penggunaan bahasa, sama ada
lisan atau bertulis. Kecelaruan ini boleh menjejaskan keupayaan mendengar,
berfikir,bertutur, membaca, menulis,mengeja ataupun mengira. Selain itu,
masalah ini mungkin disebabkan oleh aphasia. Ia mengakibatkan kadar
pembelajaran murid tersebut berbeza dengan murid yang tidak menghadapi masalah
tersebut. Namun, masalah ini juga sering dikaitkan dengan masalah tingkah laku
dan emosi.
Apakah Masalah Pembelajaran?
Antara masalah yang dikaitkan dengan masalah pembelajaran termasuk masalah pembelajaran akademik, masalah bahasa, ingatan, sosio-emosi, kemahiran motor dan koordinasi, metakognitif, kurang memberi perhatian dan hiperaktiviti.
No comments:
Post a Comment