Kecacatan seperti
yang dialami oleh kanak -kanak spastik , buta , rencat akal dan pekak teruk
mudah dikenal pasti untuk diberikan program intervensi awal. Tetapi , disfungsi
perkembangan yang tidak ketara dan sudah dikenal pasti banyak berlaku di
kalangan kanak - kanak yang mengalami masalah pembelajaran di
sekolah. Sejak beberapa tahun kebelakangan , kefahaman tentang
masalah pembelajaran di kalangan kanak -kanak telah berkembang dengan pesatnya.
Memang jelas bahawa masalah ini adalah kompleks dan psikososial. Pengalaman
hidup seseorang kanak -kanak itu mempunyai pengaruh yang kuat terhadap
perkembangan intelek dan perwatakannya.
Ibu bapa dan
guru-guru juga kadang kala membuat tanggapan -tanggapan yang mungkin kurang
tepat terhadap kanak -kanak yang kurang maju dalam pelajarannya. Si anak
dikatakan malas , tidak bermotivasi , bodoh atau asyik bermain sahaja. Terdapat
pula sesetengah ibu bapa yang menyalahkan pihak guru dengan mengatakan bahawa
guru kurang berpengalaman , teknik mengajar tidak berkesan , pilih kasih atau
kurang memberikan perhatian kepada si anak. Ramai ibu bapa mendaftarkan anak
-anak mereka untuk mengikuti kelas tambahan bagi meningkatkan kemajuan
pelajaran mereka. Walaupun saya akui usaha -usaha ini boleh membantu
memperbaiki prestasi akademik sebahagian besar kanak -kanak , tetapi masih ada
lagi segolongan kanak -kanak yang memerlukan bantuan pembelajaran yang lebih
khusus.
No comments:
Post a Comment