Menjadi impian
dan hasrat setiap pasangan suami isteri untuk mendapat zuriat yang berpontensi
tinggi dan berkeupayaan mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi
apabila dewasa kelak. Corak kehidupan masa kini amatlah memberi penekanan
terhadap pencapaian intelek yang tinggi serta kemahiran yang sesuai dengan
kehendak masyarakat dan negara.
Penekanan
terhadap kecemerlangan telah menggalakkan penubuhan intitusi-intitusi yang
menawarkan program-program pengayaan (enhancement programes) yang bertujuan
untuk melengkapkan anak -anak dengan kemahiran membaca, menulis, dan mengira
dari kecil lagi. Institusi-intitusi ini juga mengaturkan aktiviti-aktiviti atau
kurikulum yang menekankan aspek penyampaian maklumat dalam aktiviti-aktiviti
harian kanak -kanak tersebut. Pengusaha-pengusaha tadika berlumba-lumba untuk
memberikan program pengayaan kepada anak-anak murid mereka dengan menggunakan
berbagai-bagai teknologi pembelajaran yang dikatakan sesuai dan boleh meningkatkan
teknologi pembelajaran yang dikatakan sesuai dan boleh meningkatkan prestasi
intelek kanak -kanak.
Anak Adalah Anugerah
No comments:
Post a Comment