Selain itu,
Ciri-ciri pelajar bermasalah pembelajaran boleh dibahagikan kepada ciri
kognitif, akademik, sosial dan emosi dan tingkah laku.
Ciri
Kognitif
Pelajar
bermasalah pembelajaran kebiasaannya lemah dalam pengamatan termasuklah
tumpuan, perhatian, ingatan dan pemikiran atau pengolahan. Pelajar bermasalah
pembelajaran menghadapi kesukaran dalam mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan
pengetahuan baru atau sukar mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam situasi
pembelajaran.
Ciri
Akademik
Ciri akademik
berlaku di kalangan pelajar masalah pembelajaran dalam masalah membaca, lisan,
tulisan dan matematik. Ramai pelajar masalah pembelajaran menghadapi masalah
membaca. Paling nyata ialah kesukaran memahami apa yang dibaca dan kesukaran
mengenal pasti perkataan. Istilah yang sering dikaitkan dengan masalah membaca
ialah disleksia.
Selain membaca,
pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam lisan seperti
fonologi, morfologi, susunan kata dalam ayat (syntax) dan pragmatik. Pelajar
yang lemah dalam lisan gagal memahami perkataan yang di sampaikan sekaligus
sukar melibatkan diri dalam perbualan atau interaksi dengan kawan dan
sebagainya.
Masalah kemahiran
menulis di kalangan pelajar bermasalah pembelajaran ialah kesukaran memegang
pen atau pensel ketika menulis dengan tangan, menulis huruf yang berlainan
saiz, kelemahan dalam mengeja, tidak menggunakan tatabahasa yang betul,
organisasi perenggan yang tidak teratur dan kurang menggunakan struktur ayat
yang kompleks.
Secara umum,
pelajar kemahiran menulis pelajar bermasalah pembelajaran adalah lebih rendah
berbanding dengan rakan sebaya mereka yang normal atau biasa. Bagaimana pun,
kemahiran menulis pelajar bermasalah pembelajaran boleh dipertingkatkan jika
intervensi awal dilaksanakan dan kaedah mengajar yang teratur dan sistematik diperkenalkan.
Bidang terakhir
di mana pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran untuk belajar
ialah matematik. Masalah ini juga boleh di istilahkan sebagai diskalkulia yang
merujuk kepada ketidakupayaan dalam kemahiran matematik. Secara umumnya diskalkulia
bermakna ketidakupayaan untuk mengira. Antara masalah matematik yang berlaku di
kalangan pelajar bermasalah pembelajaran ialah tidak menguasai sepenuhnya dalam
pengiraan asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Selain itu, pelajar
bermasalah pembelajaran sukar membuat anggaran dan pengukuran seperti saiz,
nilai, wang, jarak atau cecair.
Ciri
Sosial dan Emosi
Dengar Suara Mereka
No comments:
Post a Comment