Menurut Smith
(1996) kanak-kanak yang ”specific difficulties” adalah mereka
yang tidak mempunyai kecacatan pencaindera dan kerosakan organik yang nyata,
mempunyai masalah kesukaran dalam pembelajaran satu atau lebih seperti membaca,
menulis, mengeja dan matematik serta kanak-kanak ini tidak memberi tindak balas
terhadap pengajaran yang normal.
Masalah pembelajaran
didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas
psikologi melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau
penulisan di mana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar,
berfikr, bertutur dan membaca yang tidak sempurna. Ini tidak termasuk mereka
yang bermasalah pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan penglihatan,
pendengaran dan motor, kerencatan akal, gangguan emosi atau kekurangan dalam
persekitaran, budaya atau ekonomi. (Individual with Disabilities Education
Act (IDEA), 1997 )
Selain itu, The
National Joint Committee on Learning Disabilities (NJCLD), 1990
Mentakrifkan masalah pembelajaran sebagai merujuk kepada satu kumpulan
masalah yang pelbagai yang mengakibatkan kesukaran yang nyata mendengar,
bertutur, membaca, menulis, membuat keputusan atau menyelesai masalah
matematik. Masalah ini berpunca daripada ketidakfungsian sistem saraf pusat dan
boleh berlaku pada bila-bila tahap umur. Masalah mengawal tingkah laku,
persepsi dan interaksi sosial mungkin wujud bersama masalah pembelajaran tetapi
ia sendiri tidak akan menyebabkan kepada berlakunya masalah pembelajaran.
Masalah pembelajaran mungkin wujud seiring dengan ketidakupayaan lain seperti
masalah sensori, kerencatan mental atau gangguan emosi.
Secara
kesimpulannya, pelajar bermasalah pembelajaran terdiri daripada mereka yang
kurang kemampuan belajar disebabkan oleh masalah pemahaman, pertuturan,
penulisan dan penyelesaian masalah matematik. Ini tidak termasuk masalah
pembelajaran disebabkan oleh kerencatan mental, kurang upaya penglihatan,
pendengaran, gangguan emosi dan tingkah laku.